Wednesday, April 2, 2008

Carta Organisasi Panitia ICT SMK P8(1)




Panitia ICT SMK Putrajaya Presint 8(1)



Assalamualaikum,

Panitia ICT telah bermula di sekolah ini mulai tahun 2003. Seperti yang diketahui oleh semua, subjek ICT atau Information and Communication Technology asalnya adalah di dalam bahasa melayu dan dikenali sebagai Teknologi Maklumat atau TM. Apabila silibus diolah kembali dan ditukar di dalam bahasa inggeris, nama baru digubal semula sebagai ICT mulai tahun 2007.

Guru perintis untuk subjek TM pada tahun 2003 adalah Pn. Zanariah binti Abdullah sebagai guru Panitia dan guru subjek. Kelas yang pertama ditawarkan subjek TM pada tahun 2003 ialah 5S3 dan 5S2. Seramai 32 orang pelajar pada tahun itu berminat untuk mengambil subjek TM sebagai subjek elektif.

Pada tahun 2003, pengurusan sekolah masih lagi di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Pihak sekolah telah menerima sebanyak lebih kurang 20 buah komputer khas untuk sekolah yang menawarkan subjek TM pada tahun itu. Seterusnya pada tahun 2004, panitia TM menerima lagi sebanyak 7 buah komputer berjenama ACER juga untuk pembelajaran TM. Makmal Komputer 4 yang merupakan makmal komputer bestari ke empat di sekolah ini telah diubahsuai, khusus untuk pengajaran dan pembelajaran subjek TM.

Kedudukan meja komputer di dalam makmal telah diubahsuai supaya mengikut spesifikasi peperiksaan SPM untuk subjek TM yang mana pelajar menggunakan komputer sepenuhnya untuk menjawab soalan peperiksaan.

Sehingga 2008, subjek ICT masih ada di sekolah ini walaupun hanya seorang sahaja guru yang mengajar dengan jumlah pelajar yang semakin menurun.




Berkenalan dengan SMK Putrajaya Presint 8(1)





SMK Putrajaya Presint 8(1) adalah nama yang baru ditukar. Nama asal sekolah ini ialah SMK Putrajaya 1 kerana merupakan sekolah perintis atau yang pertama dibuka di Putrajaya pada tahun 2000. Apabila sekolah menengah lain dibuka, namanya terus ditukar kepada nama sekarang.

Terletak di dalam kompleks sekolah bestari bersama dengan sekolah rendah, SMK Putrajaya Presint 8(1) terus mengorak langkah untuk terus maju walaupun hanya sebagai sekolah harian biasa. Itu serba ringkas tentang SMK P8(1).